Obama nak raih semula sokongan orang Islam

|
Obama umum sempadan Israel ikut perjanjian 1967
20/05/2011 3:49am


WASHINGTON 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam buat pertama kalinya mengumumkan bahawa sempadan antara Israel dan Palestin haruslah berlandaskan perjanjian 1967.

Obama turut mengingatkan Palestin bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan memberitahu penggabungan antara Fatah dan Hamas menimbulkan kebimbangan rejim Zionis itu.

Beliau dalam pada itu menyatakan bahawa usaha Palestin untuk cuba mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka daripada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini akan gagal. – AFP

Selepas US bawah pentadbiran Obama bunuh Osama bin Laden, majoriti umat Islam seluruh dunia memaki hamun dan menyelar Obama dan US. Kebencian terhadap US meningkat di seluruh dunia. Obama terutamanya kuat kena balun sebab waktu awal-awal kempen dulu dia memberi harapan untuk memulihkan hubungan dengan negara-negara Islam.

ni, dia cuba nak raih sokongan la pulak. konon Israel perlu ikut sempadan perjanjian. mama nak tengok sejauh mana dia boleh pegi. setegas mana dia boleh bercakap kat Israel. sepetah mana US melawan pengganas.
US ceroboh Iraq untuk mencari senjata pemusnah tapi tak jumpa.
US serang dan musnahkan Afghanistan untuk seorang tua bernama Osama.
US intip dan sekat ekonomi Iran kerana iran lantang menentang US dan sekutu.

sekarang, Israel, anak angkat US, kita tengok macam mana dia layan. Obama oh Obama, harap ko boleh la diharap. atau Mossad akan buat Obama macam J.F.K ?

Laporan polis untuk laporan yang rasa tidak pasti

|
Dua laporan polis dibuat

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

''Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang itu yang membuat laporan palsu," katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad pula turut menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video tersebut agar tidak berlaku tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang menerima cakera padat video (VCD) layang mengandungi rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu berkata, apa yang dilihat pelaku dalam VCD itu jelas mirip Anwar.

Beliau turut menggesa polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mendedahkan pelaku itu supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof mengesahkan menerima dua laporan polis tersebut.
bodo betul la sekawan lembu ni. bodo jugak polis yang terima laporan ni. i dont know what to say to these stupid people.

dia rasa dalam video tu anwar, satu benda dia tak pasti.
nak gesa polis supaya dedahkan, sekaligus buktikan penafian anwar adalah palsu. ini pasti pulak.

baik ko jadi polis je lembu. kena tarik hidung dengan BeEnd n Umngok. kan lebih senang hidup ko dan orang lain.

lagi satu, untuk rakyat malaysia yang bodo je, video tu disahkan tulen kerana tiada proses penindihan atau edit  yang dilakukan ke atas video tersebut, bukannya tulen pelaku dalam video tu adalah anwar. mama tau korang tau, cuba BeEnd n Umngok je yang bodo ingat rakyat bodo.

K2 - Rahsia Email 1Malaysia, RM50juta duit kita

|
Korang dah ada email tak? Takde? Penipu.!!
Projek email 1Malaysia ni didakwa penuh dengan unsur negatif yang kerajaan BN Umno mulakan.

Klik untuk Zoom
Ada satu makhluk yang nak buktikan kat kerajaan Malaysia, Najib terutamanya, tak perlu RM50juta untuk buat email. Percuma je dia bagi. Korang boleh daftar jugak. Kat Sini.

Chua Soi Lek memandai-mandai

|
Ewah..ewah..geli mama dengar apa yang Chua Soi Lek cakap nih. macam isu ni dah beberapa hari lepas tapi komen pun best gak kan nak penuhkan post dulu awal2 penciptaan blog ni.

cuba korang baca skit apa yg dia cakap tu.

Klik utk Zoom

Okeh.apa yang tak kena? meh sini mama celikkan Chua Soi Lek yang xcelik tuh.

1. bukan ke AnjingBesar bigdog dgn Marahku tu dulu yang memandai-mandai buat andaian gambar kabur sekeping tu perjumpaan paderi nak buat negara Islam ??? bodoh gedabak 2 makhluk tu.

2. bukan ke Utusan meloya yang mula memandai-mandai buat andaian konon benda tu ada kebenarannya dengan meletakkan muka depan besar2 tulisan tu tulis "Kristian Agama Rasmi?". gila menganjing betul anjing utusan nih.

3. bukan ke ayat Chua Soi Lek (presiden MCA) kat atas tu macam membela Utusan sedangkan dia sendiri tak pasti lagi Utusan betul atau tidak, anjing besar betul atau tidak, padahal sebelum ni semua pemimpin umno dan BN nafikan 'kawalan' ke atas media, Utusan terutamanya. mengatakan Utusan bebas menulis. lidah berbelit betul.

ei...geram mama tau..gomoi baru tau..

K1 - Najib dan KFC Jom Jimat

|
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kongsikan tips KFC Jom Jimat untuk rakyat.

Klik untuk Zoom

Kenapa MamaGomo di sini

|
Mama kat sini sebab nak gomo papa gomo lembu tu dan kawanan beliau yang tak cerdik tu.
Mama bukan blogger yang rajin, jadi jangan la marah mama kalau mama tak update selalu.
Mama tulis bila mama rase nak membebel je.

Nak senang subscribe je nanti bila mama update ada sampai email kat korg.

Add Mama