Laporan polis untuk laporan yang rasa tidak pasti

|
Dua laporan polis dibuat

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

''Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang itu yang membuat laporan palsu," katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad pula turut menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video tersebut agar tidak berlaku tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang menerima cakera padat video (VCD) layang mengandungi rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu berkata, apa yang dilihat pelaku dalam VCD itu jelas mirip Anwar.

Beliau turut menggesa polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mendedahkan pelaku itu supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof mengesahkan menerima dua laporan polis tersebut.
bodo betul la sekawan lembu ni. bodo jugak polis yang terima laporan ni. i dont know what to say to these stupid people.

dia rasa dalam video tu anwar, satu benda dia tak pasti.
nak gesa polis supaya dedahkan, sekaligus buktikan penafian anwar adalah palsu. ini pasti pulak.

baik ko jadi polis je lembu. kena tarik hidung dengan BeEnd n Umngok. kan lebih senang hidup ko dan orang lain.

lagi satu, untuk rakyat malaysia yang bodo je, video tu disahkan tulen kerana tiada proses penindihan atau edit  yang dilakukan ke atas video tersebut, bukannya tulen pelaku dalam video tu adalah anwar. mama tau korang tau, cuba BeEnd n Umngok je yang bodo ingat rakyat bodo.

Add Mama