Obama nak raih semula sokongan orang Islam

|
Obama umum sempadan Israel ikut perjanjian 1967
20/05/2011 3:49am


WASHINGTON 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam buat pertama kalinya mengumumkan bahawa sempadan antara Israel dan Palestin haruslah berlandaskan perjanjian 1967.

Obama turut mengingatkan Palestin bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan memberitahu penggabungan antara Fatah dan Hamas menimbulkan kebimbangan rejim Zionis itu.

Beliau dalam pada itu menyatakan bahawa usaha Palestin untuk cuba mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka daripada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini akan gagal. – AFP

Selepas US bawah pentadbiran Obama bunuh Osama bin Laden, majoriti umat Islam seluruh dunia memaki hamun dan menyelar Obama dan US. Kebencian terhadap US meningkat di seluruh dunia. Obama terutamanya kuat kena balun sebab waktu awal-awal kempen dulu dia memberi harapan untuk memulihkan hubungan dengan negara-negara Islam.

ni, dia cuba nak raih sokongan la pulak. konon Israel perlu ikut sempadan perjanjian. mama nak tengok sejauh mana dia boleh pegi. setegas mana dia boleh bercakap kat Israel. sepetah mana US melawan pengganas.
US ceroboh Iraq untuk mencari senjata pemusnah tapi tak jumpa.
US serang dan musnahkan Afghanistan untuk seorang tua bernama Osama.
US intip dan sekat ekonomi Iran kerana iran lantang menentang US dan sekutu.

sekarang, Israel, anak angkat US, kita tengok macam mana dia layan. Obama oh Obama, harap ko boleh la diharap. atau Mossad akan buat Obama macam J.F.K ?

Add Mama